Wednesday, 20 April 2011

WaNIta TUt.....

kali nie, aku nk share seketul dua tentang wanita. 
Dan kisah kali nie xde kena mgena antara yang hidup atau mati, samaada  manusia, pokok binatang atau MAKLUK HALUS. So disini adalah ciri-ciri wanita yg xpatut lelaki ajak couple atau dalam erti kata lain, ciri-ciri wanita yg patut(HARUS) lelaki jauhi..

1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.


**KEPADA READERS - Mohon maaf kalau kena BATANG HIDUNG korang.
**KEPADA LELAKI - semoga mbuat pilihan yg tepat.
**KEPADA WANITA - Renung-renungkan.

Wednesday, 6 April 2011

SANTAU??




Kenapa tiba-tiba aku terfikir tentang SANTAU nie??
Adakah ini langkah yg betul yg harus aku ambil??
ARGHHH!!!!! Tension tul aku..
Kenapa !@#$%^&* terlalu iri hati dgn kehidupan aku?
Aku x kacau hidup !@#$%^&*, tp kenapa dia nk gangu hidup aku?
EEEEEEEEEEEEEE............
So, di sebabkn aku terfikir tentang santau nie, aku pun cari lh sikit-sikit info tentang santau ni.

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jenis-jenis Santau:

Jenis pertama:
 Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis kedua:
Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

So dalam dua jenis nie, ada lg anak-anaknya macam santau katak puru, santau angin, santau air dan mcm-mcm lg lh.. so korang check sendiri mane yg paling mantap k..



Tanda-tanda Terkena Santau:
  • Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

**So agak-agak korang, patut ke aku santau je !@#$%^&* sebagai pegajaran??